Thursday, December 22, 2011

Jualan buku sesi persekolahan 2012

Bermula 19- 22 Disember 2011
Jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Bertempat di Dewan Sekolah
Dibantu oleh :

  • Pn Siti Aissah
  • Pn. Patimahtun
  • Pn. Rahayu
  • Farahanim
  • Nazura
  • Izati
  • Afiqah
  • Atirah






Projek Mega sekolah hujung tahun

Cuti hujung tahun bermula....maka PERSIAPAN utk jualan kedai buku sekolah bg sesi tahun berikutnya bermula...ambil alih urusan kedai buku sekolah bermula tahun 2007 hingga 2011 (tahun yg ke-4)







Sunday, November 20, 2011

iqbal ke rumah pengasuh

Selepas musibah yg menimpa....Iqbal tidak lg di jaga oleh MAK semasa saya bekerja...
Kini Iqbal dihantar ke rumah pengasuh sementara (Taman Kelubi Damai, Jasin)....atas jasa baik Kak Ina dan Abg Din yg sanggup menerima iqbal semasa keadaan terdesak ini(sehingga Cuti Akhir Tahun)..
6.45 pagi saya sudah bertolak keluar dari rumah....menghantar anak ke rumah pengasuh dan berpatah balik ke sekolah

kasihan ayah

Kini ayah tepaksa berkerusi roda ataupun bertongkat 4...pergerakannya terbatas...dan perlu dibantu....Walaupun ayah redha dgn ketentuan tuhan...namun jauh disudut hatinya masih belum dapat menerima apa yg berlaku pada dirinya...ayah lebih kerap termenung...sebagai anak...dr riak wajahnya saya tahu mcm2 yg bermain dlm fikirannya...sbb ayah seorang yg memendam perasaan...bukan seperti mak

Ujian dr ALLAH utk kami sekeluarga

Musibah yang menimpa AYAH pada 14 Oktober 2011 (Jumaat) pada jam 12.45 ptg
  • Kemalangan yang membabitkan kereta kancil ayah dengan sebuah 4by4 (Mitsubisi Storm) lebih kurang 150 m dari rumah di mana ayah dalam perjalanan ke Masjid Pondok Kempas utk Solat Jumaat.
  • 4by4 yg dipandu laju dengan tayar yg BOTAK dan masuk ke laluan ayah telah melanggar ayah dan menyebabkan keretanya TERBALIK dan selepas itu 4by4 itu melanggar batu sempadan dan tiang elektrik sehingga patah.
  • Ayah dibawa keluar melalui cermin hadapan kereta ...dan dihantar terus ke Klinik Selandar oleh mereka yg berada ditempat kejadian...TERIMA KASIH dr kami sekeluarga semoga Allah membalas jasa anda. 
  • Ayah dihantar ke Hospital Melaka oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA) 
  • Kemalangan itu menyebabkan tulang femornya hancur dan terpaksa digantikan dengan besi dan tulang pehanya patah....10 hari dihospital ditemani oleh Mak di sisi...
  • Operation menggantikan tulang yang hancur dibuat pada 18 Oktober 2011 pada jam 1.30 ptg di hospital Besar Melaka.





akhirnya.....

Kehadiran PERMATA HATI KAMI...... Muhammad Iqbal Hafiz menyeri dan melengkapkan hidup kami

Saturday, September 3, 2011

penghargaan

-Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009-
Diterima pada 24 Jun 2010 (Khamis) bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar.
Hadiah berupa wang tunai RM1000 beserta sijil
Tiga orang rakan yang turut sama menerima iaitu Patimahtun Zaharah bt Abd Jalil, Rabaah bt Ramly dan Roslan Osne (Staf Sokongan)





Saturday, June 4, 2011

Raja Sehari


boleh bercakap2 lagi masa jadi pengantin....KAMI DENGAN DUNIA KAMI SENDIRI...